Pages

Pages

22.7.12

jenayah di bulan puasa

kisah yang nak diceritakan hari ni adalah benar belaka...
tiada yang palsu melainkan yang benar-benar cilaka..

(abaikan ayat cilaka tuh..kurang diajar betul)hoho


malam tadi lepas habis berbuka puasa dan sembahyang , aku lepak merehatkan diri sambil ditemani handphone kesayanganku..

Tetiba handphone aku berbunyi...dah la sound maximum..mau tak terkentut aku kat situ dek kuatnya bunyi handhone...

Rupa-rupanya membe aku telefon..aku pun angkat la panggilan itu



membe = weh matsen...ko kat mana?

matsen = Waalaikumussalam...aku kat london ni ha...apsal?

membe = takyah la main-main bengong..aku serius ni..ko kat rumah kan.. tolong datang KL Sentral jap

matsen = lorh...dah kenapa..penting sangat ke?

membe = datang je la...tolong aku ni ha... habis dompet, cap, makanan, ngan segala lagi barangan dah hilang.. aku kena tipu la

membe = kena tipu? hahaha...padan muka... tunggu jap.. nanti aku sampai


sesampainya di tempat kejadian



matsen = ha..apa cer

membe = aku kena tipu dengan orang..habis suma dompet , handphone ngan segala barang lagi dah kena kebas

matsen = ko dah buat report polis ke belum ?

membe = dah..baru je tadi  (sambil tunjuk report polis kat aku)



saya dalam perjalanan balik ke pantai dalam..Di pertengahan jalan saya ditahan oleh seorang lelaki yang mengaku seorang anggota polis. Suspek bertanyakan saya samada saya ada bermain barang atau tidak (dadah). Saya mengatakan tidak. Akan tetapi suspek tidak percaya sebaliknya dia merampas kesemua barangan saya dan meminta saya menghadirkan diri ke balai polis berhampiran untuk mengambil barangan dan melakukan siasatan. Saya menunggang motosikal sambil diekori rapat suspek (juga bermotosikal) ke balai polis berhampiran. Sampai di pertengahan jalan saya dapati suspek sudah menghilangkan diri.
*lebih kurang cenggini la reportnya*


Bila aku baca report tu aku tak boleh nak kata apa dah.. nasi dah jadi bubur lambuk kampung baru..
mudah sangat percaya dengan orang

jadi kepada orang ramai di luar sana..kalau korang mengalami situasi yang sama harap berwaspada..



P/s= tak tau apa motif membe aku tu panggil aku pergi datang sana....Rupa-rupanya nak buat loan dengan aku memandangkan duit tambang suma dah dikebas

18.2.12

pagi hujung minggu

bangun pagi sambil ditemani hujan lebat yang tak berenti-renti..
cuaca macam ni jarang-jarang dapat rasa..memang sedap kalau dapat sambung tidur...lagi sedap kalau terus tidur tak bangun-bangun..
tambah pulak hari ni hari ahad..memang sedap la berehat..

bangun tido terus bukak peti ais,tengok apa benda boleh sumbat dalam perut..ada la 2 3 biji donut semalam beli tak habis...keras macam batu..arh peduli hape..nama pun orang bujang...makan sambil hirup seteguk dua air kopi...kopi pon yang semalam punya bancuh...hapa mau kisah..janji kenyang..

macam biasa dah selesai makan. rutin harian mestilah online facebook..online just sekadar nak tau perkembangan member-member..entah sihat ke,entah mampus ke..kalau nak chatting agak kurang la sikit..aku bukan suka sangat chatting..setakat HOHO,HAHA,HEHE mesti jadi pelengkap hujung chatting..paling manis bila buat simbol muka senyum..tapi paling bangang buat simbol muka tak tau malu..

dah offline facebook,main game je la kerja..game pon game cikai je..Angry birds..dah puas main game baca buku plak..bukulah sangat...padahal komik..haktuihh!!

dan kemudiannya sambung tido balik...begitulah aktiviti harian dikala pagi hujung minggu...
kalau macam ni setiap hari,bila masa aku nak studi..Assignment dah beratur memanjang..huuuuu

P/s=aku tak tau apa motif aku buat entry merapu ni

6.2.12

SAKIT TULANG BELAKANG

tulang belakang sakit??
rasanya semua pernah alami situasi camni..
keadaan ni buat kita rasa tak selesa..aku pun akui kadang-kadang aku turut rasa sakit tulang belakang sampai nak baring pun rimas..
tapi pernah tak korang terpikir gejala apa yang menyumbang kepada sakit  tulang belakang..?

apa?santau dan sihir...oh crapp!!
kita di zaman moden okeh..nonsense semua ni..
kalau korang nak tau disini aku senaraikan beberapa perkara yang menyumbang kepada masalah ini yang mana kekadang korang akan terlepas pandang perkara camni..
mencegah itu lebih baik dari mengubati..kan?...
silalah baca..harap bermanfaat untuk korang semua


1.TERJATUH
korang mungkin mengalami sakit tulang belakang sekiranya korang pernah jatuh terduduk..ini kerana berlakunya hentakan pada tulang belakang korang tanpa korang sedari...contohnya seperti jatuh dari kerusi,kemalangan, jatuh motor, jatuh tangga, jatuh sakit atau mungkin juga jatuh cinta..
kadangkala kalau nak bergurau perlu tau adab dan sopan..Misalnya, ketika korang nak duduk di atas kerusi, datang sorang rakan korang yang bangang pergi tarik kerusi tu dengan tujuan nak bergurau dan korang pulak dengan coolnya jatuh terduduk iaitu punggung terhempas di atas lantai..dah la sakit,malu pun dapat woi..
Gurauan cilake macam ni memang banyak berlaku. Aku pun pernah terjebak aktiviti sebegini, tapi mujurlah kerusi tak hinggap kat kepala aku weii..

2.FAKTOR KETURUNAN
 Sakit tulang belakang juga kadang-kadang berlaku disebabkan faktor genetik..Mungkin ada antara ahli keluarga samada ayah, ibu, datuk, nenek yang mempunyai masalah tulang belakang..Dan korang pulak selaku waris genetik menerima penyakit yang sama dihidapi ahli keluarga..Cuma satu je aku nak ingatkan..jangan la pulak sebab hal macam ni korang sanggup putuskan hubungan dengan keluarga semata-mata kerana menghidap penyakit keturunan..sampai sanggup tak mengaku mak la, tak mengaku ayah la..yang lagi bangang ada yang sampai sanggup tinggalkan orang tua yang uzur kat tengah jalan..hape kess

3.MELAKUKAN AKTIVITI SEHARIAN TANPA MENGIKUT POSTUR BADAN YANG BETUL
ramai kalangan kita yang melakukan pekerjaan tanpa mengikut postur badan yang betul..kalau nak jelaskan mungkin agak rumit untuk difikirkan..Ini berlaku disebabkan urat dan tulang belakang tidak menerima bebanan yang seimbang dengan pekerjaan yang dilakukan..cara duduk dan berdiri juga seharusnya betul untuk mengelakkan sakit belakang..


Berikut ialah gambar-gambar yang berkaitan postur badan yang perlu korang ambil berat dan amalkan kerana ramai dalam kalangan kita yang tak menyedari perkara ini kerana menganggap hal ini sebagai remeh temeh..


ni gambar cara duduk, sterika, pakai kasut, angkat barang, tidur & brdiri..(cuba anda prhatikan gmbar tidur, jika anda sedar, teknik tidur mengikut sunnah ialah yg trbaik iaitu dgn mengiringkan bdn di sbelah kanan sperti dlm gambar..-baik utk sistem pnghadaman)






    ANTARA TIPS YANG BOLEH KITA ELAKKAN
    1. Tiidur di atas tilam yg terlalu lembut atau empuk..tidak digalakkan kerana ia mnyebabkan postur badan anda tidak normal, menyebabkan kesan negatif kepada tulang blakang..
    2. Tidur di atas lantai..perbuatan ini sangat bahaya..boleh mnyebabkan barah tulang..biasanya lantai pada waktu malam berada dalam keadaan sejuk disebabkan anda memasang kipas / aircond..kesejukan tersebut memberi kesan negatif terhadap tulang belakang & juga memberi kesan terhadap pengaliran darah dalam badan anda..
    3. Memandu kenderaan / membonceng motosikal dalam jangka masa yg terlalu lama..juga berbahaya..jika perjalanan anda terlalu jauh, sila berhenti dahulu untuk berehat di mana-mana tempat atau perhentian..
    4. Duduk di atas krusi atau hadapan komputer melebihi 30 minit..jika anda berada dalam kelas atau kuliah, kebiasaannya anda akan duduk berjam lamanya..dinasihatkan agar anda menggerakkan badan atau melakukan sedikit regangan & lebih baik jika anda bangun, berdiri & berjalan

    P/S= Minumlah Anlene setiap hari...huahua

    3.1.12

    luahan perasaan di facebook


    sebelum tu aku nak bagitau korang satu benda...
    sebenarnya facebook cuma medium perantaraan sosial ok..bukanlah Diari yang mana kau boleh canang satu dunia apa jadah kau buat setiap masa..
    terlalu annoying untuk menghupdate status setiap 5 minit..hape kau ingat kau artis?selebriti?..kamon la..

    ye aku tau itu hak peribadi..facebook kau..punya suka kau la kan..
    tapi kau kena ingat jugak mangkuk..bila kau dah jadi friend aku dan secara tak langsungnya semua status akan terkeluar di wall...
    yang tak manisnya bila scroll jer status kau setepek...scroll lagi status kau setepek..scroll lagi..status kau lagi menepek..
    hape punya retis la...

    kekadang aku terpikir jugak...mungkin kau dahagakan kasih sayang dari orang ramai..
    kau tersenyum lebar bila beribu orang komen status kau..padahal stat kau cuma " sakit perut,nak berak"
    kau seronok sakai bila orang like status kau..padahal cuma stat "tengah berak..ehh taik i nampak cair la"
    kalau boleh kau nak semua orang tau apa benda kau buat sepanjang masa..macam takde privacy la plak

    time pulak kau tengah moody..huishh
    habis semua carut marut keluar...sebabnya cuma kau gaduh ngan makwe/pakwe...
    nampak sangat kau saja nak ambik perhatian sejagat supaya kasihani golongan seperti kau..

    tapi ada satu jenis status aku suka baca...yang ni fact
    aku suka baca status islamik..
    tak kisah la walaupun kau cuma share ataupun copycat dari orang..sekurang-kurangnya sejuk jugak mata membaca..ilmu pun dapat
    yang hairannya ada plak yang pandang serong pada golongan yang update status berunsur islamik...kononnya nak jadi alim la tu...heiii tolong la buang pandangan stereotaip camni...mereka cuma sedang berusaha berubah ke arah kebaikan..bukan salah pun..
    kalau camni pemikiran sampai bila nak maju..kau kena ingat bukan semua orang sempurna dalam dunia ni...

    aku ada satu benda nak share ngan korang berkaitan ngan wall status yang selalu korang update tu...
    silalah baca dan fahami ok....




    Disebalik WALL, FACEBOOK & MARK ZUCKERBERG

    Sahabat, tahukah kamu apa makna ---> "WALL" <--- ?
    Ia memberi makna DINDING...

    Kenapa 'dinding'?
    Jap, saya teruskan pertanyaan..

    Siapakah yang mewujudkan FB?
    Mesti Mark Zuckerberg! Seorang berbangsa YAHUDI.


    Apa kaitan WALL dan YAHUDI???

    Kaitan mereka sangat ERAT & MESRA..
    DINDING RATAPAN.

    Di dinding itu mereka menangisi dosa-dosa mereka, meluahkan harapan, ratapan dan segalanya...

    Oleh itu, saya dan anda jangan jadikan "WALL FB" ini sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka... Tapi jadikan ia sebagai tempat perkongsian apa sahaja ILMU yang memberi manfaat kepada umat Muhammad صلى الله عليه وسلم walaupun hanya kepada seorang... Jadikan Wall FB Sebagai Medium Untuk Menyebarkan Dakwah..


    Jika Anda Tidak Pecaya..
    Cuba Anda Buka www.google.com dan search "wailing wall of israel"..

    Dan anda dapat lihat pelbagai result yang dapat.. Renung-renungkan lah


    P/s=aku cuma tulis luahan hati..jangan marah kalau terasa...tapi kalau kau marah pun aku peduli hape..haha
    kredit to nurulamir