***************
ku berfalsafah pada diri sendiri
apa kepentingan yang ada dalam diri
tak tahu menilai kefahaman kendiri
ada hati nak berpolitik dalam universiti....
propaganda sana propaganda sini
ugut fitnah caci-mencaci jadi tradisi
entah mana perginya patriotism dalam diri
sampai sanggup meludah muka bangsa sendiri..
dulu dikurung aman harmoni
sekarang caca-merba sudah jadi
semua orang asyik menuding jari
bila salah, surat saman dipateri
jangan dinilai lupa luaran
sebaliknya dalaman patut dinilai
kalau sudah yang kontroversi asyik keluar
itukah pemimpin?
belia remaja aset berharga negara
fikiran mereka diracuni golongan tidak beretika
punah harapan punah impian
hape pun tak boleh!!
isu bendera jadi amarah
kerana akal ceteknya kepandaian
sekarang kesal tunggu datang sesal
padan muka..tu la ..GATAL!!!!!
kau fitnah ku bermacam-macam
tapi tidak pula ku meragam
ku minta kau buktikan..
jahilnya kau pula bagi alasan pelbagai
sudah terang lagi bersuluh
agenda tersembunyi yang makin luluh
wakil atasan bercakap sampai berpeluh-peluh
rakyat jelata pulak makin lama makin mengeluh
ku tidak mahu berpolitik
bukan sebab tidak patriotik
kemelut dalaman yang semakin cantikkkk
buat diri ini makin tidak tertarik
maaf kalau kalian tidak memahami
cukup sudah ku seorang yang ketahui
takut nanti ada yang tersalah erti
kontroversi dan surat saman sampai sebentar lagi
***************
P/s=aku yakin korang takkan paham apa sebenarnya maksud yang cuba aku sampaikan..luahan hati seorang remaja lelaki

No comments:
Post a Comment