lagi kes simbah asid
KUALA LUMPUR: Selepas membuat kecoh di rumah bekas kekasih, seorang wanita bertindak ganas dengan menyimbah sejenis cecair dipercayai asid ke atas kereta milik isteri bekas kekasihnya dalam kejadian di Taman Maluri, kelmarin. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam, mangsa yang dikenali sebagai Ng meletakkan kereta Toyota Camry milik isterinya di hadapan rumahnya dalam keadaan baik dan berkunci. Bagaimanapun, kira-kira jam 7.20 pagi, dia terkejut apabila melihat keretanya yang rosak teruk secara keseluruhan akibat disimbah asid. Saya percaya kejadian ini dilakukan bekas kekasih yang bengang kerana saya memutuskan hubungan kami minggu lalu. Dua hari sebelum kejadian, dia datang ke rumah dan membuat kecoh kerana tidak berpuas hati dengan saya,” katanya. Menurutnya, angkara tindakan itu, dia bertengkar dengan isteri sebelum dikejutkan dengan kejadian simbah asid itu. Susulan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Pandan untuk tindakan lanjut kerana risau kejadian lebih buruk menimpa keluarganya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dijalankan. |
lagi kes asid..
sekarang ni kalau tak puas hati sikit je mula la..beli asid pastu simbah..
nasib baik kes ni dia simbah kat kereta sebab tak jumpa mangsanya..
kalau mangsa ada kat situ mesti dah disimbah asid
ada ura-ura yang mencadangkan asid diharamkan penjualannya di malaysia..
kalau berdasarkan kesan positif memang la bagus cara ni..dapat mengelakkan lagi kes simbahan asid ni..
tapi kalau berdasarkan kesan negatif pulak, tak bagus buat industri yang menggunakan asid sebagai bahan penggunaan..kalau diharamkan macamana industri perkilangan ni nak maju..
perkembangan terbaru..
Asid dah dijadikan bahan kawalan..
pembelian asid di setiap kedai perlu direkodkan...
langkah ni memang bagus tapi kenapa still ada kes simbah asid lagi..
kerajaan kena pikir cara yang lebih berkesan la rasanya...
aku kesian pada mangsa-mangsa simbahan asid..
salah faham sikit je kena simbah asid..
dah la cacat..kesan kecacatan tu pulak kekal..
memang tak berhati perut la sape yang simbah asid ni..
yang lagi sakit hati pulak bila pesalah yang simbah asid tu dijatuhi hukuman penjara je..
cam tak berbaloi dengan kesalahan yang dilakukan..patut biarkan pesalah merasai perasaan disimbah asid jugak..
baru la orang ramai takut dan jadikan benda ni sebagai iktibar..
P/s= simpati pada orang yang tak tahu apa-apa,tetiba disimbah asid..tak ke merana orang tu..tak berhati perut,limpa,jantung dan hempedu betul sape yang buat ni

betul....orang yang dah kena tu merana sepanjang hidup...orang yang buat tu, lepas menjalani hukuman...dah bebas da
ReplyDelete@ajeyy Rawk...ok da singgah..template blog anda lawa la
ReplyDelete@nini ..kita yg xkena ni pon rasa xpuas hati..inikan plak mangsa tu...mana la keadilan kan..
ReplyDeletengeri lah ~~~~~~~~~
ReplyDelete=.-
jadi igauan ngeri pada mangsa
ReplyDeletepehhh.... sekarang dah takyah banyak cite, tak puas hati je simbah asid. Manusi semakin kejam T.T
ReplyDeletenur hazlin= sifat kemanusiaan semakin luntur
ReplyDelete