imaginasi budak misteri: SAKIT TULANG BELAKANG

SAKIT TULANG BELAKANG

tulang belakang sakit??
rasanya semua pernah alami situasi camni..
keadaan ni buat kita rasa tak selesa..aku pun akui kadang-kadang aku turut rasa sakit tulang belakang sampai nak baring pun rimas..
tapi pernah tak korang terpikir gejala apa yang menyumbang kepada sakit  tulang belakang..?

apa?santau dan sihir...oh crapp!!
kita di zaman moden okeh..nonsense semua ni..
kalau korang nak tau disini aku senaraikan beberapa perkara yang menyumbang kepada masalah ini yang mana kekadang korang akan terlepas pandang perkara camni..
mencegah itu lebih baik dari mengubati..kan?...
silalah baca..harap bermanfaat untuk korang semua


1.TERJATUH
korang mungkin mengalami sakit tulang belakang sekiranya korang pernah jatuh terduduk..ini kerana berlakunya hentakan pada tulang belakang korang tanpa korang sedari...contohnya seperti jatuh dari kerusi,kemalangan, jatuh motor, jatuh tangga, jatuh sakit atau mungkin juga jatuh cinta..
kadangkala kalau nak bergurau perlu tau adab dan sopan..Misalnya, ketika korang nak duduk di atas kerusi, datang sorang rakan korang yang bangang pergi tarik kerusi tu dengan tujuan nak bergurau dan korang pulak dengan coolnya jatuh terduduk iaitu punggung terhempas di atas lantai..dah la sakit,malu pun dapat woi..
Gurauan cilake macam ni memang banyak berlaku. Aku pun pernah terjebak aktiviti sebegini, tapi mujurlah kerusi tak hinggap kat kepala aku weii..

2.FAKTOR KETURUNAN
 Sakit tulang belakang juga kadang-kadang berlaku disebabkan faktor genetik..Mungkin ada antara ahli keluarga samada ayah, ibu, datuk, nenek yang mempunyai masalah tulang belakang..Dan korang pulak selaku waris genetik menerima penyakit yang sama dihidapi ahli keluarga..Cuma satu je aku nak ingatkan..jangan la pulak sebab hal macam ni korang sanggup putuskan hubungan dengan keluarga semata-mata kerana menghidap penyakit keturunan..sampai sanggup tak mengaku mak la, tak mengaku ayah la..yang lagi bangang ada yang sampai sanggup tinggalkan orang tua yang uzur kat tengah jalan..hape kess

3.MELAKUKAN AKTIVITI SEHARIAN TANPA MENGIKUT POSTUR BADAN YANG BETUL
ramai kalangan kita yang melakukan pekerjaan tanpa mengikut postur badan yang betul..kalau nak jelaskan mungkin agak rumit untuk difikirkan..Ini berlaku disebabkan urat dan tulang belakang tidak menerima bebanan yang seimbang dengan pekerjaan yang dilakukan..cara duduk dan berdiri juga seharusnya betul untuk mengelakkan sakit belakang..


Berikut ialah gambar-gambar yang berkaitan postur badan yang perlu korang ambil berat dan amalkan kerana ramai dalam kalangan kita yang tak menyedari perkara ini kerana menganggap hal ini sebagai remeh temeh..


ni gambar cara duduk, sterika, pakai kasut, angkat barang, tidur & brdiri..(cuba anda prhatikan gmbar tidur, jika anda sedar, teknik tidur mengikut sunnah ialah yg trbaik iaitu dgn mengiringkan bdn di sbelah kanan sperti dlm gambar..-baik utk sistem pnghadaman)






    ANTARA TIPS YANG BOLEH KITA ELAKKAN
    1. Tiidur di atas tilam yg terlalu lembut atau empuk..tidak digalakkan kerana ia mnyebabkan postur badan anda tidak normal, menyebabkan kesan negatif kepada tulang blakang..
    2. Tidur di atas lantai..perbuatan ini sangat bahaya..boleh mnyebabkan barah tulang..biasanya lantai pada waktu malam berada dalam keadaan sejuk disebabkan anda memasang kipas / aircond..kesejukan tersebut memberi kesan negatif terhadap tulang belakang & juga memberi kesan terhadap pengaliran darah dalam badan anda..
    3. Memandu kenderaan / membonceng motosikal dalam jangka masa yg terlalu lama..juga berbahaya..jika perjalanan anda terlalu jauh, sila berhenti dahulu untuk berehat di mana-mana tempat atau perhentian..
    4. Duduk di atas krusi atau hadapan komputer melebihi 30 minit..jika anda berada dalam kelas atau kuliah, kebiasaannya anda akan duduk berjam lamanya..dinasihatkan agar anda menggerakkan badan atau melakukan sedikit regangan & lebih baik jika anda bangun, berdiri & berjalan

    P/S= Minumlah Anlene setiap hari...huahua

    3 comments:

    1. selalu gak jadi macam tue...mungkin perkara no 3 kot penyebabnya...huhu

      ReplyDelete
    2. haa, tau takpe buat aktiviti tak ikut postur badan yg betul.. 2 penyebabnya kot..

      ReplyDelete
    3. miss eyza dan miss fyqa=kesimpulannya sayangilah tulang belakang anda sebelum ianya membengkok..huhu

      ReplyDelete

    Copyright © imaginasi budak misteri Urang-kurai