luahan perasaan di facebook
sebelum tu aku nak bagitau korang satu benda...
sebenarnya facebook cuma medium perantaraan sosial ok..bukanlah Diari yang mana kau boleh canang satu dunia apa jadah kau buat setiap masa..
terlalu annoying untuk menghupdate status setiap 5 minit..hape kau ingat kau artis?selebriti?..kamon la..
ye aku tau itu hak peribadi..facebook kau..punya suka kau la kan..
tapi kau kena ingat jugak mangkuk..bila kau dah jadi friend aku dan secara tak langsungnya semua status akan terkeluar di wall...
yang tak manisnya bila scroll jer status kau setepek...scroll lagi status kau setepek..scroll lagi..status kau lagi menepek..
hape punya retis la...
kekadang aku terpikir jugak...mungkin kau dahagakan kasih sayang dari orang ramai..
kau tersenyum lebar bila beribu orang komen status kau..padahal stat kau cuma " sakit perut,nak berak"
kau seronok sakai bila orang like status kau..padahal cuma stat "tengah berak..ehh taik i nampak cair la"
kalau boleh kau nak semua orang tau apa benda kau buat sepanjang masa..macam takde privacy la plak
time pulak kau tengah moody..huishh
habis semua carut marut keluar...sebabnya cuma kau gaduh ngan makwe/pakwe...
nampak sangat kau saja nak ambik perhatian sejagat supaya kasihani golongan seperti kau..
tapi ada satu jenis status aku suka baca...yang ni fact
aku suka baca status islamik..
tak kisah la walaupun kau cuma share ataupun copycat dari orang..sekurang-kurangnya sejuk jugak mata membaca..ilmu pun dapat
yang hairannya ada plak yang pandang serong pada golongan yang update status berunsur islamik...kononnya nak jadi alim la tu...heiii tolong la buang pandangan stereotaip camni...mereka cuma sedang berusaha berubah ke arah kebaikan..bukan salah pun..
kalau camni pemikiran sampai bila nak maju..kau kena ingat bukan semua orang sempurna dalam dunia ni...
aku ada satu benda nak share ngan korang berkaitan ngan wall status yang selalu korang update tu...
silalah baca dan fahami ok....
| Disebalik WALL, FACEBOOK & MARK ZUCKERBERG Sahabat, tahukah kamu apa makna ---> "WALL" <--- ? Ia memberi makna DINDING... Kenapa 'dinding'? Jap, saya teruskan pertanyaan.. Siapakah yang mewujudkan FB? Mesti Mark Zuckerberg! Seorang berbangsa YAHUDI. Apa kaitan WALL dan YAHUDI??? Kaitan mereka sangat ERAT & MESRA.. DINDING RATAPAN. Di dinding itu mereka menangisi dosa-dosa mereka, meluahkan harapan, ratapan dan segalanya... Oleh itu, saya dan anda jangan jadikan "WALL FB" ini sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka... Tapi jadikan ia sebagai tempat perkongsian apa sahaja ILMU yang memberi manfaat kepada umat Muhammad صلى الله عليه وسلم walaupun hanya kepada seorang... Jadikan Wall FB Sebagai Medium Untuk Menyebarkan Dakwah.. Jika Anda Tidak Pecaya.. Cuba Anda Buka www.google.com dan search "wailing wall of israel".. Dan anda dapat lihat pelbagai result yang dapat.. Renung-renungkan lah |
P/s=aku cuma tulis luahan hati..jangan marah kalau terasa...tapi kalau kau marah pun aku peduli hape..haha
kredit to nurulamir

gunakan sebaik mungkin facebook anda :)
ReplyDeletesekarang dah rasa malas sikit nak update status..takde benda penting nak share
ReplyDeletewah, post yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D
ReplyDeletethanks emmet..really appreciated that
ReplyDeleteKAHKAKGHAHKA! BTW, I love this post..
ReplyDeleteterima kasih kerana buat saya ketawa!
http://biaqbetoi.blogspot.com/2012/02/samurai-feudal-star-wars.html