imaginasi budak misteri: kebaikan berpuasa

kebaikan berpuasa

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada geng-geng blogger sekalian

first of all i would like to wish
Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan Al-Mubarak




bercakap mengenai puasa..
tahukah korang yang berpuasa ada banyak manfaat kesihatan..
dengan berpuasa kita boleh

1. Membuang toksik dalam badan 
-selalunya perut kita tak akan berhenti dari mencerna makanan.Lepas makan nasi korang pergi bedal plak buah-buahan.Tak lama pastu aiskrim plak jadi santapan..senang kata asalkan korang rasa lapar je terus pergi sebat apa-apa makanan..begitu juga bagi perokok tegar..dah lepas sebatang, dia tambah lagi sebatang..nak cepat mampus la tu
''Apabila kita berpuasa,tenaga yang digunakan untuk mencerna makanan akan dialihkan untuk membuang toksik dalam badan.Bahkan penghasilan bahan buangan tesebut terhenti seketika sepanjang tempoh berpuasa''

2. Mengurangkan berat badan
-yang ni dah tentu..kalau ikut diet pemakanan untuk hari-hari biasa selalunya kita akan makan 5 kali sehari..tapi di bulan puasa kita cuma mengambil 2 kali sahaja pemakanan iaitu sewaktu bersahur dan juga sewaktu berbuka..yang gampangnya ada jugak golongan yang bersahur pukul 5 pagi tapi berbuka pada pukul  2 petang..alasannya sebab dah masuk azan..ni dipanggil golongan jahil

3. Meninggalkan tabiat tidak baik
-tabiat tidak baik adalah seperti mencarut, memaki, memukul, merokok, menengok video blue dan juga sebagainya..dah nama pun bulan baik, takkan korang nak buat benda tak baik plak..stop je la dulu buat sementara..sekurang-kurangnya dapat jugak pahala kat kau...cuba korang pikir, korang maki dan mencarut bagai di tengah panas waktu bulan puasa..dah la time tu semua orang tension dan emosi tak stabil sebab lapar...memang kau makan penyepak la pastu..

4. Merawat penyakit usus
-tahukah korang, perut dan usus kita bekerja tanpa henti sepanjang tahun..Dengan berpuasa, usus kita mempunyai ruang untuk berehat..Usain Bolt pon tau nak berehat kalau dah penat, inikan plak usus manusia..
sewaktu berpuasa, sistem pencernaan membaiki tisu-tisu dan sel-sel yang rosak dan boleh merawat penyakit-penyakit tertentu seperti radang usus dan penyakit gastrik..

5. Mengubah wajah menjadi lebih handsome dan cantik
-erk..betul ke??yang ni aku tak tau..korang sendiri tafsir...



Nota puasa=terpaksa tahan korek hidung di bulan puasa...hmmmm

6 comments:

  1. nice info.

    Salam Ramadhan :)

    ReplyDelete
  2. sharing is caring..haha..

    ReplyDelete
  3. selamat berpuasa yer matsen..

    ReplyDelete
  4. you to far_east...selamat berpuasa

    ReplyDelete
  5. kelebihannya banyak...tapi ada lagi yang tak pose...erm

    ReplyDelete
  6. @nini.. biasa la..nama pun manusia..mana da yg perfect..kan??

    ReplyDelete

Copyright © imaginasi budak misteri Urang-kurai